CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 11, 2009

Macam-macam ADA..PPSMI?

Baca news, lihat news, buka internet, macam-macam terjadi di seluruh dunia sekarang ni.. tp what matters the most to me ialah apa yang terjadi di bumi Malaysia ni.. dan saya melihat lebih spesifik kepada isu yang berkaitan dengan diri saya.
Susah2.. suma org dah jadi pandai, semua orang dah ada pendapat sendiri dan ingin sampaikan pendapat tersebut kepada umum. Rasanya saya pun macam tu juga. Nak berlumba-lumba memberitahu kepada orang lain apa yang aku rasakan.
Isu yang tak lekang dalam minda saya ini ialah isu PPSMI. Kenapa baru-baru ini isu ini jadi masalah besar. Memang sebelum ini masalah PPSMI ini sudah wujud tetapi kenapa baru sekarang isu ini diperbesar-besarkan? Pihak ketua pembangkang PPSMI mengatakan ia takda kaitan dengan politik tapi bagi saya ia semuanya adalah politik. Kan sekarang ini pilihanraya di 3 bukit akan berlangsung.. so masa ini lah pihak pembangkang dan pihak kerajaan sendiri akan mencari kelemahan masing-masing... Atas satu tujuan iaitu untuk meraih sokongan pengundi. Tak nak komen pasal itu sebab itu kan strategi masing-masing..
Berkenaan dengan PPSMI... sebagai seorang bakal pengamal PPSMI, saya sangat mengambil berat akan isu ini. Tp nak saya katakan PPSMI ini baik tak juga, nak cakap tak baik, pun tak boleh juga. Anyway, marilah kita sama-sama menganalisis isu ini.

1. Saya ada bertanya kepada kawan yang merupakan seorang guru yang mengajar Maths di sebuah sekolah di luar bandar, adakah dia menggunakan bahasa Inggeris dalam P&P nya. Dia cakap ada. Mula2 ajar dalam BI kemudian baru explain semula dalam BM. Sebab kalau tak pelajar tak faham. Ok, agaknya inilah amalan guru-guru yang mengajar S&M dalam BI. Mula2 syok sendiri dulu ajar dalam BI pastu baru bila ajar dalam BM baru betul2 peka dgn masalah pelajar. Hahaha.. Realiti ni.. Point saya di sini adalah guru-guru ini pada mulanya ingin pelajar mengenal term2 or keywords tertentu dahulu, apabila pelajar dah faham apa itu divide, respiration dll, barulah dijelaskan semula proses2 yang terlibat. So, macam mana? Boleh pakai ke tidak teknik ini? Pd pendapat saya boleh digunapakai. Sekurang2nya, pelajar itu tahu erti perkataan tersebut jika lain kali dia menemukan semula perkataan tersebut. Mungkin dari segi grammar pelajar tersebut lemah, tapi dari segi vocabulary, ada peningkatan. Itu sudah bagus. Jadi PPSMI menang satu point di sini.

2. Yang keduanya, saya amat memahami bagaimana susahnya hendak belajar S&M dalam satu bahasa yang sangat asing (merujuk kepada pelajar luarbandar yang kurang pendedahan kepada BI) bukan kerana saya merupakan salah seorang subjek dalam ujikaji kementerian pendidikan ini tetapi kerana saya melihat sendiri bagaimana adik saya yang sekolah SRJK CHung Hua belajar S&M dalam bahasa Mandarin. Adik saya ni boleh skor S&M dlm BI tetapi S&M dalam Mandarin dia teruk! Jadi di sini saya mengandaikan S&M dlm BI sebagai S&M dlm BM, dan S&M dlm Mandarin sebagai S&M dlm BI dlm sekolah biasa. Susah mmg susah, nak mengharapkan kami ajar S&M dlm mandarin, manalah kami tau, kalau yg dlm BI boleh la. Cuba kta applikasikan untuk keluarga yang tidak tahu BI pula... nak membantu anak dlm S&M pun tak dapat. Jd kena bergantung sepenuhnya kepada inisiatif anak itu sendiri. Kalau rajin boleh la belajar lebih sikit, tp kalau yg motivasi rendah, sbb rasa tak pandai BI, malas nak belajar S&M. Ini juga la yang berlaku kepada adik saya. Terpaksa berkali2 sya tingkatkan motivasi agar dia tidak abaikan S&M dalam Mandarin sbb UPSR nanti examnya dalam mandarin. Beruntungnya pelajar2 sekolah biasa skrg ni, wpun belajar S&M secara rasminya dlm BI tetapi hakikatnya memahami guna BM kemudian apabila jawab exam pun boleh jawab guna BM. Linearnya kementerian kita. Tetapi ada yang masih tidak setuju PPSMI ini dijalankan! Bukan tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan tetapi kementerian hendak memberi peluang kepada anak-anak bangsa mendalami ilmu yang biasanya disalurkan dalam bahasa BI. Key point di sini juga adalah kita hendaklah memberi motivasi yang secukupnya dan motivasi yang tidak putus2 kepada pelajar kita yang lemah BI agar teruskan berusaha. Itu saja. Memang nampak mudah wpun hakikatnya sukar untuk dilakukan tetapi ia tidak mustahil.

3. Mungkin masalah PPSMI wujud dalam kalangan pelajar yang bukan dari darjah satu nya belajar S&M dlm BI. Sebab itu agak payah sikit untuk mereka catch up PPSMI ini. Sepatutnya kita lihat bagaimana pencapaian murid2 tahun 6 kita yang akan mengambil UPSR tahun lps dan tahun ini sebelum mengutuk PPSMI berhabisan. Mereka inilah produk PPSMI yang asli, yang telah dibentuk dan dilentur dari hari pertama mereka menjejak kaki ke alam persekolahan. Keputusan PMR atau SPM adalah tidak valid dan realiable untuk menjadi modal kelemahan PPSMI. Malah paling baus lg if kita boleh tggu 3 atau 5 tahun lg utk lihat hasil sebenar PPSMI. Mungkin hanya selepas itu kita boleh bersuara dengan lebih lantang lagi berkenaan isu PPSMI ini.

Kesimpulannya, pada pandangan saya PPSMI yang diwujudkan bukanlah satu usaha sia-sia kerajaan untuk melahirkan generasi yang lebih berilmu. Ia adalah satu usaha murni kerajaan. Mungkin ada yang melihat PPSMI berat sebelah kepada pelajar bandar dan menindas pelajar luar bandar, tetapi sebenarnya ia terletak sendiri pada diri seseorang pelajar tersebut. Pelajar bandar yang fasih berbahasa BI tetapi tidak minat/malas juga tidak akan berjaya dlm S&M - mungkin setakat boleh makan sahaja. Tetapi pelajar luar bandar yang betul2 mahu berjaya tidak akan melihat kesukaran ini sebagai satu masalh sebaliknya akan lebih berusaha dan hasilnya akan mendapat keputusan yang baik dalm S&M. Percayalahh..

p/s: sy sokong PPSMI... Pls PM, jan la sebelum persaraan mu, PPSMI ini dimansuhkan...

0 comments: