CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 24, 2009

Konsep Kajian Tindakan

Kajian tindakan adalah satu bentuk penyelidikan. Penyelidikan merupakan satu proses langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data untuk mendapat dan meningkatkan kefahaman ke atas sesuatu topik atau isu. Jadi di sini kita dapat melihat peranan data yang diproses untuk mendapatkan maklumat berkenaan topik yang dikaji. Maklumat ini pula sekiranya ia diaplikasikan, ia boleh dianggap meningkat satu tahap kepada pengetahuan. Namun, pengetahuan bukanlah sesuatu yang muktamad kerana ia perlu dihayati dan diselami agar ia menjadi hikmah dan memberikan kesan yang mendalam dalam diri seseorang. Jadi dengan ini, hierarki yang boleh dilihat bermula dari data --> maklumat --> pengetahuan --> hikmah.
Berbalik kepada definisi kajian tindakan, Macintyre (1998): Action research is an investigation, where, as a result of rigorious self-appraisal of current practice, the researcher focuses on a 'problem' (or a topic or an issue which needs to be explained), and on the basis of information (about the up-to-date state of the art, about the people who will be involved and about the context), plans, implements, then evaluates then draws conclusions on the basis of the findings.
Apa yang ingin diterangkan dalam definisi ini ialah, penyelidik mengenalpasti soalan-soalan ataupun masalah yang ingin diselesaikan, kemudian melakukan kajian ke perpustakaan, berbincang dengan pihak-pihak tertentu, menentukan pendekatan kajian serta pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan dan pada masa yang sama, memonitorkan kesan tindakan dengan mengumpul dan menganalisis data, menerangkan dan membincangkan dapatan dan implikasi kajian dan akhirnya hasil kajian dilaporkan agar ia memberi manfaat kepada semua orang.

Rujukan dari internet:

Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. Kajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan tetapi tidak menjadi cacat jika sesuatu Kajian Tindakan yang tidak menggunakan data berbentuk itu.

Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Berikut dihuraikan dengan lebih terperinci beberapa perkara asas tentang Kajian Tindakan. Masalah yang dialami oleh guru-guru yang menjalankan Kajian Tindakan di sekolah dijadikan asas dalam membuat huraian dan cadangan.

Kenapa kajian tindakan penting bagi guru?

Guru melakukan kajian tindakan iaitu guru akan secara aktifnya meneliti/menyelidik/mengkaji secara sistematik ke atas suatu amalan bagi 2 tujuan utama iaitu:

a) melakukan penambahbaikan (bagaimana sesuatu kemahiran, teknik, strategi dapat dipertingkatkan dan memberi impak kepada pelajar)

b) perkembangan profesional guru - guru boleh membentangkan laporan kajian tindakan bukan sahaja di peringkat sekolah tersebut tetapi menggunakan saluran lain contohnya di peringkat daerah agar hasil kajian tersebut boleh digunakan oleh guru lain


Jenis-jenis kajian tindakan

1) Peringkat individu

- berfokus kepada 1 isu dalam bilik darjah

- contoh:

a) mendapatkan penyelesaian berkenaan dengan masalah pengurusan bilik darjah

b) strategi pengajaran

c) pembelajaran pelajar

2) Peringkat kolaboratif

- melibatkan lebih daripada 2 orang (guru-guru daripada bidang yang sama/ guru-guru dalam pelbagai subjek/ guru-guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti)

- fokus kepada 1 isu dalam 1 bilik darjah atau 1 masalah yang sama dalam bilik darjah

3) Peringkat sekolah

- fokus kepada 1 isu yang sama di peringkat sekolah

- contoh: untuk meningkatkan keaktifan ibu bapa dalam PIBG

4) Peringkat daerah

- fokus kepada 1 isu yang sama dalam kalangan beberapa sekolah di peringkat daerah


Contoh Kajian Tindakan

Guru mengenalpasti dalam kelas bahasa Inggeris, pelajarnya mempunyai kosa kata yang terhad. Maka untuk memperbaiki masalah ini, guru ini mengarahkan pada setiap hari, akan ada seorang murid yang memperkenalkan perkataan baru kepada seluruh kelas. Murid-murid lain perlu mencatat perkataan-perkataan ini dalam buku catatan masing-masing. Selepas beberapa selang masa, guru akan membuat pemerhatian terhadap pengetahuan kosa kata murid-muridnya.

Jadi di sini;

Masalah: kosa kata terhad

Objektif: Murid mempunyai kosa kata yang meluas dan boleh mempamerkan pengetahuan kosa kata dalam pemahaman, percakapan dan penulisan bahasa Inggeris.

Pelan Tindakan: mempelajari satu perkataan baru setiap hari dengan setiap murid mengambil giliran untuk menerangkan tentang makna perkataan baru tersebut

Pemantauan: Guru memastikan pelan tindakan itu dijalankan setiap hari

Penilaian: Melalui pemahaman, percakapan dan penulisan dalam bahasa Inggeris

0 comments: