CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 5, 2009

Reflektif BIG

Setelah berakhirnya program BIG, saya telah membuat reflektif tentang pencapaian dan keupayaan diri saya. Di antara masalah yang saya kenalpasti ialah seperti berikut:

MASALAH 1


Masalah: Sifat Kepimpinan
Matlamat: Meningkatkan sifat kepimpinan yang kurang dalam diri
Objektif: Boleh menjadi pemimpin yang baik dalam mana-mana bidang tugas yang telah diamanahkan

Pelan Tindakan:
1. Melibatkan diri secara akitf dalam pelbagai aktiviti
2. Menjadi ketua secara sukarela dalam mana-mana bidang tugas
3. Tidak menolak sekiranya diberi tanggungjawab dalam mengetuai sesuatu perkara
4. Memerhati bagaimana orang lain menjadi ketua dan seterusnya mengambil teladan yang baik daripada ketua tersebut dan memperbaiki kelemahan yang dilakukan oleh ketua terssebut
5. Menyemai sifat keyakinan diri yang tinggi agar kepimpinan saya boleh diyakini oleh pihak lain
6. Berani mewakili kumpulan dalam memberi pendapat dan ulasan

Pemantauan:
Dalam selang masa tertentu saya akan menyenaraikan aktiviti yang telah disertai dan peranan saya dalam aktiviti tersebut. Sekiranya saya hanya berperanan secara pasif, maka saya belum meningkatkan sifat kepimpinan dalam diri saya. Saya juga akan bertanya kepada rakan-rakan adakah saya seorang ketua yang baik dan meminta rakan-rakan untuk mengulas tentang kebaikan dan kelemahan saya sebagai ketua.

Penilaian:
Berdasarkan kepada senarai yang saya buat dalam pemantauan dan pendapat rakan-rakan.


MASALAH 2


Masalah: Keyakinan diri
Matlamat: Meningkatkan keyakinan yang kurang dalam diri
Objektif: Berani dan tidak gementar dalam melakukan sesuatu tugas

Pelan Tindakan:
1. Melibatkan diri secara akitf dalam pelbagai aktiviti agar boleh meningkatkan kemahiran dalam pelbagai aktiviti dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri
2. Berani mewakili kumpulan dalam memberi pendapat dan ulasan
3. Berani tampil ke hadapan secara sukarela apabila perlu
4. Membuat pembacaan tentang bagaimana untuk meningkatkan keyakinan diri

Pemantauan:
Dalam selang masa tertentu saya akan menyenaraikan aktiviti yang memerlukan saya perlu yakin dalam menyempurnakan aktiviti tersebut.
Saya juga akan meminta rakan memberi pendapat tentang kebaikan dan kelemahan diri agar saya akan berasa yakin dengan kekuatan diri dan akan memperbaiki kelemahan diri

Penilaian:
Berdasarkan kepada senarai yang saya buat dalam pemantauan dan pendapat rakan-rakan.

0 comments: