CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, June 2, 2009

Kuliah Minggu Ke-7

Pensyarah: Hajah Halimah Harun

Aktiviti 1:
Beberapa kertas proposal yang telah dihantar pada minggu lepas dipilih untuk dibentangkan oleh kumpulan yang menyediakan kertas proposal tersebut. Terdapat lima kertas proposal yang dipilih iaitu:

Kumpulan 1: Ketua kumpulan Latiffi
Skop Subjek: Sejarah
Tajuk: Meningkatkan Penghayatan Pelajar dalam Mata Pelajaran Sejarah melalui Komik

Kumpulan 2: Ketua kumpulan Hafiz Hassan
Skop Subjek: Bahasa Melayu (Kesusasteraan Melayu)
Tajuk: Meningkatkan Kefahaman dan Minat Pelajar dalam Kesusasteraan Melayu (Puisi) melalui Permainan Mencari Harta Karun

Kumpulan 3: Ketua kumpulan Ahmad Fadli
Skop Subjek: Biologi
Tajuk: Meningkatkan Penggunaan Kata Kunci Melalui Kaedah Reka Cipta Lagu dalam Mata Pelajaran Biologi Tingkatan 4

Kumpulan 4: Ketua kumpulan Junaidon
Skop Subjek: Pendidikan Jasmani
Tajuk: Meningkatkan Kemahiran Menyangga dalam Permainan Bola Tampar

Kumpulan 5: Ketua kumpulan Faizal
Skop Subjek: Bahasa Inggeris
Tajuk: Meningkatkan Penguasaan Sebutan Bahasa Inggeris pada Pelajar Sekolah Tahun 2.

Kesemua kumpulan yang terpilih ini diminta membentangkan kertas proposal mereka. Kemudian para pelajar lain diminta untuk menyoal mana-mana bahagian dalam proposal yang menjadi keraguan dan inginkan kepastian. Para pelajar juga diminta memberi komen dan cadangan yang berpatutan untuk tujuan penambahbaikan kajian tindakan yang dicadangkan.

Aktiviti 2:
Dalam aktiviti ini, setiap pelajar diminta untuk menulis luahan hati tentang kajian tindakan dan dihantar pada waktu itu juga.

Tugasan tambahan:
Lakukan penambahbaikan kertas proposal yang telah dibuat terutamanya dari segi prosedur pelaksanaa, pengumpulan data dan analisis data.

Pengumpulan Data

Pengenalan:
  • Terdapat pelbagai teknik penggumpulan data.
  • Walaupun menggunakan pelbagai teknik yang baik, ia tidak menjanjikan kualiti dapatan kajian
  • Penyelidikan tindakan tidak akan menjadi kecuali ia dilakukan dengan sempurna
  • Maka, usaha untuk memastikan kualiti yang tertinggi dalam penyelidikan perlu dipelajari dengan gigih

Tiga
sebab kualiti tinggi perlu dicapai:
  1. Tanggungjawab kepada pelajar
  2. Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
  3. Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat (menambah ilmu pengetahuan) dengan melakukan penyelidikan tindakan

Kriteria kualiti:
  • Serupa dengan kriteria dalam jenis penyelidikan yang lain
  • Dua kriteria kualiti iaitu kesahan dan kebolehpercayaan
  • Kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan

Apakah itu kesahan?

Kesahan (validity) merujuk kepada kebenaran data. Dengan mengetahui sama ada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji.

Apakah itu kebolehpercayaan?
Kebolehpercayaan (realibility) pula berkaitan dengan ketepatan data. Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil daripada sampel yang terlalu kecil. Maka untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu bertanya kepada diri kita sendiri;
a) adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat kepada realiti?
b) bolehkah saya berfikir tentang sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?
Kedua-dua persoalan ini perlulah dijawab sejujurnya oleh seseorang penyelidik agar kebolehpercayaan kajian yang dibuat tidak menimbulkan keraguan.

Seperti yang diketahui umum, terdapat lima tahap kajian tindakan:
Tahap 1: Mengenalpasti masalah
Tahap 2: Perancangan tindakan
Tahap 3: Mengumpul data
Tahap 4: Analisis data
Tahap 5: Perancangan untuk tindakan seterusnya (untuk kitaran seterusnya)

Seterusnya, semasa mengumpul data;
a) Apakah jenis data yang perlu kita kumpul untuk menjawab persoalan kajian?
b) Bagaimana hendak memastikan data kita diperolehi daripada pelbagai perspektif?

Untuk menjawab persoalan ini, kita boleh merujuk kepada jenis alat-alat pengumpulan data:
  • Pemerhatian (boleh dilakukan dengan bantuan video tape)
  • Nota guru dan komen
  • Kerja pelajar
  • Refleksi pelajar
  • Jurnal pelajar
  • Ujian
  • Tinjauan soal selidik
  • Temuduga (audio tape)
(sumber: nota kuliah Pn.Sakinah)