Pensyarah: Pn.Sakinah
Analisis Data:
- proses menggunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk cadangkan kesimpulan dan menyokong keputusan. Pastikan ada sekurang-kurangnya 3 atau lebih jenis data untuk dianalisis
- data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis
- cari pola dan kategori, persamaan, terangkan trend dan pertanyaan, katologkan pemerhatian, bilang dan bandingkan serta buat anggaran
Langkah Analisis Data Kualitatif
Langkah 1:
- tengok secara lalu maklumbalas
- ambil nota atas tema yang muncul, isu dan faktor yang didengari
- cari item yang berulang atau penting
Langkah 2:
- Pilih 3 atau 4 tema/ kategori yang muncul dan bina matriks
- cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama
- tempatkan tema kategori di atas dan senaraikan pelajar di tepinya
- guna warna kod untuk setiap kategori yang berlainan
Langkah 3:
- jika boleh, bincang tinjauan dengan penyelidik lain
- baca tinjauan (soal selidik), highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema/ kategori yang telah dikenalpasti
- seterusnya rekodkan dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang kamu bina
Langkah 4:
- tanya (apa yang telah diperolehi)
- rekod pemerhatian pola yang muncul semasa melihat matriks (pola konsep dan pola sikap)
- tulis/rekod pemerhatian bawah matriks (bawah carta matriks)
- contoh: 2 orang pelajar (siapa yang cakap banyak)
- takut sentiasa disebut beberapa kali
- sokongan bacaan jurnal
Langkah 5:
- apa kesimpulan yang boleh dibuat
- rekod kesimpulan sama ada bawah matriks atau atas kertas yang berlainan
Langkah 6:
- apa langkah seterusnya yang boleh dibuat (tinjauan/ temubual/ penilaian @ semak semula persoalan kajian @ bina modul/ aktiviti)
- jangan lupa rekod apa yang boleh dibuat dalam matriks
- apakah maklumat yang masih diperlukan (atas pelajar @ atas kaedah @ maklumat latar belakang untuk tajuk ini)
Kegunaan Data dalam PLAN-DO-STUDY-ACT Cycle
PLAN
- nilai dan ringkaskan semua data yang kita ada
- analisis dan kenalpasti tema utama
- kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran progres penambahbaikan
DO
- kumpul data
- buat kajian rintis untuk memastikan strategi pengukuran dipenuhi
STUDY
- analisis data yang telah diperolehi
ACT
- kenalpasti soalan tambahan
- rancang untuk penambahbaikan berterusan
- mengumpulkan data dan analisis data merupakan proses berterusan dalam penyelidikan tindakan
- kita mungkin tidak dapat keputusan yang kita kehendaki, tetapi tidak perlu risau
- dapatan kajian bertujuan untuk beri panduan dan memperbaiki pengajaran kita seterusnya
Secara ringkasnya,
Panduan untuk Analisis Data
- Reka bentuk pendekatan sistematik, simpan semua data
- Cuba faham maklumat yang ingin disampaikan oleh data
- Cari tema dan pola
- Susun data berdasarkan apa yang kamu pelajari daripada data
- Masukkan semua data, termasuk data yang tidak menyokong apa yang kita cari
- Baca dan baca data lebih daripada sekali
- Bina imej visual
- Tulis nota ringkas untuk dari sendiri
- Kongsi dapatan, perbincangan akan timbulkan soalan baru
- Let data speaks to you
Proses Analisis Data
- Analisis semua data dan buat nota sepanjang masa
- Cari tema dan pola
- Ringkaskan tema kepada 3-5 idea
- Lihat kembali data dan semak tema-tema yang telah dibuat
- Bina subtema jika perlu
- Simpan nota secara berterusan, malah dapatan kajian kadangkala boleh mengugatkan kita
- Semak maklumat untuk cari idea yang kerap atau dominan asal
- Kenalpasti poin utama
- Cari maklumat untuk menyokong dapatan kajian
(sumber: nota kuliah Pn.Sakinah)