CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label kuliah. Show all posts
Showing posts with label kuliah. Show all posts

Wednesday, June 10, 2009

ANALISIS DATA

Pensyarah: Pn.Sakinah

Analisis Data:

  • proses menggunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk cadangkan kesimpulan dan menyokong keputusan. Pastikan ada sekurang-kurangnya 3 atau lebih jenis data untuk dianalisis
  • data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis
  • cari pola dan kategori, persamaan, terangkan trend dan pertanyaan, katologkan pemerhatian, bilang dan bandingkan serta buat anggaran

Langkah Analisis Data Kualitatif

Langkah 1:
  • tengok secara lalu maklumbalas
  • ambil nota atas tema yang muncul, isu dan faktor yang didengari
  • cari item yang berulang atau penting

Langkah 2:
  • Pilih 3 atau 4 tema/ kategori yang muncul dan bina matriks
  • cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama
  • tempatkan tema kategori di atas dan senaraikan pelajar di tepinya
  • guna warna kod untuk setiap kategori yang berlainan

Langkah 3:
  • jika boleh, bincang tinjauan dengan penyelidik lain
  • baca tinjauan (soal selidik), highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema/ kategori yang telah dikenalpasti
  • seterusnya rekodkan dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang kamu bina

Langkah 4:
  • tanya (apa yang telah diperolehi)
  • rekod pemerhatian pola yang muncul semasa melihat matriks (pola konsep dan pola sikap)
  • tulis/rekod pemerhatian bawah matriks (bawah carta matriks)
  • contoh: 2 orang pelajar (siapa yang cakap banyak)
  • takut sentiasa disebut beberapa kali
  • sokongan bacaan jurnal

Langkah 5:
  • apa kesimpulan yang boleh dibuat
  • rekod kesimpulan sama ada bawah matriks atau atas kertas yang berlainan

Langkah 6:
  • apa langkah seterusnya yang boleh dibuat (tinjauan/ temubual/ penilaian @ semak semula persoalan kajian @ bina modul/ aktiviti)
  • jangan lupa rekod apa yang boleh dibuat dalam matriks
  • apakah maklumat yang masih diperlukan (atas pelajar @ atas kaedah @ maklumat latar belakang untuk tajuk ini)

Kegunaan Data dalam PLAN-DO-STUDY-ACT Cycle


PLAN
  • nilai dan ringkaskan semua data yang kita ada
  • analisis dan kenalpasti tema utama
  • kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran progres penambahbaikan

DO
  • kumpul data
  • buat kajian rintis untuk memastikan strategi pengukuran dipenuhi

STUDY
  • analisis data yang telah diperolehi

ACT
  • kenalpasti soalan tambahan
  • rancang untuk penambahbaikan berterusan
  • mengumpulkan data dan analisis data merupakan proses berterusan dalam penyelidikan tindakan
  • kita mungkin tidak dapat keputusan yang kita kehendaki, tetapi tidak perlu risau
  • dapatan kajian bertujuan untuk beri panduan dan memperbaiki pengajaran kita seterusnya

Secara ringkasnya,
Panduan untuk Analisis Data
  1. Reka bentuk pendekatan sistematik, simpan semua data
  2. Cuba faham maklumat yang ingin disampaikan oleh data
  3. Cari tema dan pola
  4. Susun data berdasarkan apa yang kamu pelajari daripada data
  5. Masukkan semua data, termasuk data yang tidak menyokong apa yang kita cari
  6. Baca dan baca data lebih daripada sekali
  7. Bina imej visual
  8. Tulis nota ringkas untuk dari sendiri
  9. Kongsi dapatan, perbincangan akan timbulkan soalan baru
  10. Let data speaks to you

Proses Analisis Data
  1. Analisis semua data dan buat nota sepanjang masa
  2. Cari tema dan pola
  3. Ringkaskan tema kepada 3-5 idea
  4. Lihat kembali data dan semak tema-tema yang telah dibuat
  5. Bina subtema jika perlu
  6. Simpan nota secara berterusan, malah dapatan kajian kadangkala boleh mengugatkan kita
  7. Semak maklumat untuk cari idea yang kerap atau dominan asal
  8. Kenalpasti poin utama
  9. Cari maklumat untuk menyokong dapatan kajian

(sumber: nota kuliah Pn.Sakinah)


Monday, June 8, 2009

Kuliah Minggu Ke-8

Pensyarah: Hajah Halimah Harun

Aktiviti 1:
Minggu ini sekali lagi beberapa kumpulan dipanggil untuk membentang kertas proposal mereka. Di antara kumpulan yang telah membentangkan kertas kerja mereka ialah:

Kumpulan 1: Ketua kumpulan Hafizah
Skop Subjek:
Tajuk:

Kumpulan 2: Ketua kumpulan Najwa
Skop Subjek: Bahasa Arab
Tajuk: Meningkatkan penghafalan dan Penguasaan Dhomir Bahasa Arab menggunakan Teknik Berlagu di Kalangan Murid Tahun 2

Kumpulan 3: Ketua kumpulan Ong Chee Keong
Skop Subjek: Geografi
Tajuk: Meningkatkan Pembelajaran Geografi Tingkatan 3 melalui Kaedah Eksplo-Geo

Kumpulan 4: Ketua kumpulan Anis Firdaus
Skop Subjek: Unit Beruniform
Tajuk: Meningkatkan Tahap Penglibatan Pelajar Perempuan dalam Aktiviti Unit Beruniform Kadet Polis

Kumpulan 5: Ketua kumpulan Nurul Huda Taridi
Skop Subjek:
Tajuk:

Kumpulan 6: Ketua kumpulan Mohammad Azizi
Skop Subjek: Bahasa Melayu
Tajuk: Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar Tingkatan 5 terhadap Petikan Melayu Klasik Menggunakan Kaedah Think-Pair-Share

Kumpulan 7: Ketua kumpulan Nor Atifah
Skop Subjek: Bahasa Inggeris
Tajuk: Mempertingkatkan Perbendaharaan Kata dan Sebutan dalam Bahasa Inggeris melalui Role Play Simulation

Komen pensyarah secara keseluruhan ialah, setiap kumpulan mempunyai kelemahan yang sama iaitu:
  1. Tiada rujukan - tidak menyatakan sumber maklumat diperolehi dengan tepat. Kebanyakkan kumpulan hanya membuat andaian semata-mata, tidak merujuk kepada sumber yang sahih.
  2. Gagal membezakan rasional kajian dan tujuan kajian dilakukan. Rasional kajian adalah sebab kenapa kajian dibuat sedangkan tujuan kajian menyatakan untuk apa kajian dilakukan.

Format Laporan Kajian Tindakan ialah:

Bab 1: Latar Belakang Kajian
- rasional
- tujuan
- objektif
- persoalan kajian

Bab 2: Kajian Literatur
- kajian lepas sama ada kajian yang serupa ataupun lain

Bab 3: Prosedur Kajian
- harus terperinci
- RPH
- contoh BBM
- langkah-langkah kajian yang dijalankan

Bab 4: Pengumpulan data
- terdapat banyak cara pengumpulan data (rujuk Pengumpulan data) tetapi wajib
menggunakan teknik pemerhatian kerana kajian tindakan adalah kajian jenis kualitatif

Bab 5: Dapatan Kajian

Aktiviti 2: KUIZ


Soalan kuiz:
  1. Bezakan kajian tindakan dan kajian eksperimen.
  2. Apakah persoalan kajian yang terdapat dalam cadangan kajian tindakan yang telah dibuat?
  3. Apakah baseline data?

Tuesday, June 2, 2009

Kuliah Minggu Ke-7

Pensyarah: Hajah Halimah Harun

Aktiviti 1:
Beberapa kertas proposal yang telah dihantar pada minggu lepas dipilih untuk dibentangkan oleh kumpulan yang menyediakan kertas proposal tersebut. Terdapat lima kertas proposal yang dipilih iaitu:

Kumpulan 1: Ketua kumpulan Latiffi
Skop Subjek: Sejarah
Tajuk: Meningkatkan Penghayatan Pelajar dalam Mata Pelajaran Sejarah melalui Komik

Kumpulan 2: Ketua kumpulan Hafiz Hassan
Skop Subjek: Bahasa Melayu (Kesusasteraan Melayu)
Tajuk: Meningkatkan Kefahaman dan Minat Pelajar dalam Kesusasteraan Melayu (Puisi) melalui Permainan Mencari Harta Karun

Kumpulan 3: Ketua kumpulan Ahmad Fadli
Skop Subjek: Biologi
Tajuk: Meningkatkan Penggunaan Kata Kunci Melalui Kaedah Reka Cipta Lagu dalam Mata Pelajaran Biologi Tingkatan 4

Kumpulan 4: Ketua kumpulan Junaidon
Skop Subjek: Pendidikan Jasmani
Tajuk: Meningkatkan Kemahiran Menyangga dalam Permainan Bola Tampar

Kumpulan 5: Ketua kumpulan Faizal
Skop Subjek: Bahasa Inggeris
Tajuk: Meningkatkan Penguasaan Sebutan Bahasa Inggeris pada Pelajar Sekolah Tahun 2.

Kesemua kumpulan yang terpilih ini diminta membentangkan kertas proposal mereka. Kemudian para pelajar lain diminta untuk menyoal mana-mana bahagian dalam proposal yang menjadi keraguan dan inginkan kepastian. Para pelajar juga diminta memberi komen dan cadangan yang berpatutan untuk tujuan penambahbaikan kajian tindakan yang dicadangkan.

Aktiviti 2:
Dalam aktiviti ini, setiap pelajar diminta untuk menulis luahan hati tentang kajian tindakan dan dihantar pada waktu itu juga.

Tugasan tambahan:
Lakukan penambahbaikan kertas proposal yang telah dibuat terutamanya dari segi prosedur pelaksanaa, pengumpulan data dan analisis data.

Pengumpulan Data

Pengenalan:
  • Terdapat pelbagai teknik penggumpulan data.
  • Walaupun menggunakan pelbagai teknik yang baik, ia tidak menjanjikan kualiti dapatan kajian
  • Penyelidikan tindakan tidak akan menjadi kecuali ia dilakukan dengan sempurna
  • Maka, usaha untuk memastikan kualiti yang tertinggi dalam penyelidikan perlu dipelajari dengan gigih

Tiga
sebab kualiti tinggi perlu dicapai:
  1. Tanggungjawab kepada pelajar
  2. Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
  3. Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat (menambah ilmu pengetahuan) dengan melakukan penyelidikan tindakan

Kriteria kualiti:
  • Serupa dengan kriteria dalam jenis penyelidikan yang lain
  • Dua kriteria kualiti iaitu kesahan dan kebolehpercayaan
  • Kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan

Apakah itu kesahan?

Kesahan (validity) merujuk kepada kebenaran data. Dengan mengetahui sama ada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji.

Apakah itu kebolehpercayaan?
Kebolehpercayaan (realibility) pula berkaitan dengan ketepatan data. Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil daripada sampel yang terlalu kecil. Maka untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu bertanya kepada diri kita sendiri;
a) adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat kepada realiti?
b) bolehkah saya berfikir tentang sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?
Kedua-dua persoalan ini perlulah dijawab sejujurnya oleh seseorang penyelidik agar kebolehpercayaan kajian yang dibuat tidak menimbulkan keraguan.

Seperti yang diketahui umum, terdapat lima tahap kajian tindakan:
Tahap 1: Mengenalpasti masalah
Tahap 2: Perancangan tindakan
Tahap 3: Mengumpul data
Tahap 4: Analisis data
Tahap 5: Perancangan untuk tindakan seterusnya (untuk kitaran seterusnya)

Seterusnya, semasa mengumpul data;
a) Apakah jenis data yang perlu kita kumpul untuk menjawab persoalan kajian?
b) Bagaimana hendak memastikan data kita diperolehi daripada pelbagai perspektif?

Untuk menjawab persoalan ini, kita boleh merujuk kepada jenis alat-alat pengumpulan data:
  • Pemerhatian (boleh dilakukan dengan bantuan video tape)
  • Nota guru dan komen
  • Kerja pelajar
  • Refleksi pelajar
  • Jurnal pelajar
  • Ujian
  • Tinjauan soal selidik
  • Temuduga (audio tape)
(sumber: nota kuliah Pn.Sakinah)

Wednesday, May 27, 2009

Kuliah Minggu Ke-6

Pada kuliah minggu ini oleh Hajah Halimah Harun, aktiviti yang telah kami lakukan adalah seperti di bawah.

Aktiviti 1

1. Sediakan kertas bersaiz A4.

2. Sila tuliskan butiran berikut dalam kertas tersebut:
  • nama
  • no. matriks
  • bidang pengajian (major dan minor)
  • kelulusan Sarjana Muda
  • alamat
  • status perkahwinan
3. Sila jawab soalan berikut.
  • Mengapa ingin menjadi guru?
  • Siapakah guru paling disukai (nama dan subjek yang diajar) dan nyatakan sebab.
  • Siapakah guru paling dibenci (nama dan subjek yang diajar) dan nyatakan sebab.
  • Perihalkan tugas seorang guru.
4. Di belakang kertas tersebut, sila lukiskan gambar sepohon pokok. Sertakan juga tandatangan
dan tarikh lahir.


Aktiviti 2

Pilih pasangan dan rumuskan salah satu daripada kertas kajian tindakan yang dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Serantau pada minggu lepas.

Tajuk: Pemberian tugas membuat peta pekiran untuk meningkatkan prestasi belajar siswa pada poko bahasan Termokimia di kelas XI SMA Negeri 12 Pekanbaru.

Nama Pembentang: Abdullah

Aktiviti 3

Bagi aktiviti ini, kami perlu membentuk kumpulan dengan 5 orang ahli. Kemudian, dalam kumpulan, kami dikehendaki untuk menyediakan satu kertas cadangan (proposal) kajian tindakan yang boleh dilakukan dalam bilik darjah. Tajuk yang dipilih perlulah ditunjukkan kepada Hajah Halimah untuk memastikan kesesuaian tajuk dan untuk mengelak daripada melakukan kajian tindakan yang sama dengan kumpulan lain.

Ahli kumpulan:
  • Jovinia Jowinis
  • Elenser Uning
  • Aisyatulasyiqah Mohamed
  • Nurul Hafiza Che Mat
  • Mohammad Fairus Khazali Ismail
Tajuk yang dipilih:
Pengubahan Lagu untuk Meningkatkan Pencapaian Subjek Sejarah

Tarikh akhir hantar: 28 Mei 2009

Tuesday, May 12, 2009

Sorotan Literatur dalam Kajian Tindakan

Soroton literatur (literature review) ialah sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel dll. Ia dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukan dalam literatur tersebut. Maka, ia memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi seperti membuat banding-beza, menganalisis, menilai dan membuat keputusan.

Membandingkan dan membezakan:
- mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kepada kriteria seperti ciri-ciri, sifat-sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek dan peristiwa
- kemahiran ini digunakan apabila:
1. terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan
2. membuat pilihan atau keputusan
- Langkah penggunaan:
1. Perhatikan dan berikan tumpuan kepada 1 atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel,
setting, prosedur, pengumpulan dan penganalisaan data)
2. Kenalpasti ciri kajian tindakan
3. Tentukan sama ada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri-ciri yang sama
4. Nyatakan ciri itu sama/berbeza

Menganalisis
- mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat
- kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat
- merupakan satu konsep yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir

Menilai
- membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah
- kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:
a) memilih sesuatu
b) menerima atau menolak sesuatu idea

Membuat Kesimpulan
- membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan
- kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal atau menyokong penyataan

Mensintesis
- menggabungkan idea, unsur dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bilik pernyataan, esei, lukisan dan artifak
- boleh menghasilkan resolusi baru

Perubahan dalam Pendidikan

Bidang pendidikan merupakan faktor utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran pada masa depan. Namun, dalam bidang pendidikan, perubahan adalah sesuatu yang tidak daat dielakkan. Malah perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.

Terdapat 4 jenis perubahan:
1. Perubahan ke arah peningkatan - perubahan jenis ini menuju ke arah kebaikan
2. Perubahan strategik organisasi - melibatkan keseluruhan organisasi seperti sekolah
3. Perubahan reaktif - perubahan akibat desakan atau tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan
4. Perubahan akibat daripada jangkaan - perubahan ini tidak disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapat kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperolehi kebaikan kompetitif

Perubahan dikaitkan dengan proses evolusi dan proses revolusi:
1. Proses evolusi
- dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang
panjang
- menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo

2. Proses revolusi
- perubahan yang pantas
- perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan

Perubahan adalah multidimensi dan sebarang perubahan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan demi mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan. Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami:
1. Tujuan perubahan
2. Unit perubahan
3. Sifat perubahan
4. Magnitud perubahan
5. Skop perubahan
6. Jangka masa perubahan

Model-model perubahan:
1. Model Penggabunggan Roger
2. Model Kanter
3. Model Rand
4. Model ACOT

Tuesday, May 5, 2009

Aktiviti Semasa Kuliah 3

Pada akhir Kuliah 3 yang diberikan oleh Dr. Mohd Izham pada minggu ini, kami dikehendaki membentuk kumpulan untuk berbincang dan menjawab 2 soalan berkaitan dengan perubahan:

Ahli Kumpulan:
1. Mohd. Fairus Khazali Ismail
2. Elenser Uning

Senaraikan 8 sebab kenapa orang takut untuk berubah:
1. Takut gagal
2. Selesa dengan keadaan semasa
3. Tidak peka dengan perubahan global
4. Perubahan tersebut tidak adil kerana ia hanya memberi kebaikan kepada pihak-pihak tertentu sahaja
5. Sikap malas untuk berubah
6. Tidak faham tentang perubahan yang ingin dilakukan walaupun sebenarnya dia ingin berubah
7. Mempunyai kekangan yang membolehkan perubahan sukar dilakukan seperti kewangan, agama dan budaya
8. Berfikiran sempit

Apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi sebab-sebab di atas?
1. Pihak yang memperkenalkan perubahan hendaklah menjelaskan perubahan yang ingin dilakukan secara terperinci
2. Menyediakan salur bantuan seperti dari segi kewangan untuk mempromosi perubahan
3. Memberi insentif kepada pihak yang awal berubah
4. Memastikan perubahan yang ingin dilakukan mengambil kira semua pelbagai pihak

Monday, April 20, 2009

For Lecture Purpose

Starting from now on, i will use this blog as my official blog for GGGB5023-Kajian Tindakan dalam Pendidikan. So, i will post article or anything related to this subject in this blog. Maybe I'll post something not really related to this subject but has something to do with education in this blog also.

So, happy reading and hope everyone gain some info from this site. Thanx all.